Lelaki hilang dikhuatiri lemas di Kuala Krau


  • 112
  • Khamis, 23 Dis 2021

OPERASI SAR lelaki dikhuatiri lemas terpaksa ditangguhkan pada 7.30 petang Rabu berikutan cuaca mulai gelap. — Facebook

SEORANG lelaki yang didakwa hilang semasa mandi dikhuatiri lemas di sungai berhampiran jambatan keretapi Kuala Krau, Temerloh, Pahang petang Rabu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata, perkara itu dimaklumkan polis kepada pihak bomba selepas sepupu mangsa membuat laporan kehilangan mangsa pada pukul 6.15 petang.

Beliau berkata, pihaknya telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dengan menggunakan teknik pencarian di permukaan sungai.

“Namun operasi terpaksa ditangguhkan pada 7.30 petang ekoran cuaca mulai gelap," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata, terdapat satu kejadian tanah runtuh dilaporkan di laluan utama berhampiran Petron Genting Permai di Genting Highlands, namun tidak melibatkan mangsa.

Katanya laluan berkenaan telah dibuka kepada pengguna pada 10 malam tadi walaupun kerja pembersihan masih berjalan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Pahang, banjir, lemas, bomba, tanah runtuh