17 mayat ditemui di kawasan banjir — MB Selangor


  • Primer
  • Selasa, 21 Dis 2021

PARAS air dijangka meningkat di kawasan tertentu di Kuala Selangor, Kuala Langat dan Sepang. — The Star
KORBAN banjir di Selangor kini meningkat kepada 17 orang termasuk seorang sukarelawan, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

10 mangsa ditemui di Klang, tiga di Hulu Langat dan empat di Sepang.

Bagaimanapun, Amirudin berkata, masih belum dapat dipastikan sama ada kematian kesemua mangsa akibat banjir.

Beliau berkata, setakat 8 pagi Selasa, sebanyak 30,632 mangsa daripada 4,672 keluarga ditempatkan di 203 pusat perlindungan sementara di seluruh negeri.

Amirudin berkata, paras air dijangka meningkat di kawasan tertentu di Kuala Selangor, Kuala Langat dan Sepang. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram