BARU-BARU ini fenomena kenaikan harga barang mengundang kegelisahan dalam kalangan rakyat lebih-lebih lagi sebahagian besar daripada mereka sedang dalam proses membina semula kehidupan yang terjejas sebelum ini.
Isu kenaikan harga barang ini cukup dekat di hati kerajaan yang sentiasa peka terhadap permasalahan yang dibangkitkan oleh rakyat di segenap pelusuk negeri.