PENDUDUK kampung di Bukit Selambau, dekat Kuala Muda, Kedah kesal apabila kilang perindustrian berdekatan kerap melepaskan asap dan karbon di udara.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Ali Yahaya berkata, perkara itu sekali gus memberi kesan kepada penduduk dan tumbuhan sekitar kawasan itu terutamanya lokasi kediaman.
Beliau turut berkongsi beberapa keping gambar termasuk karbon hitam yang melekat di atas permukaan daun pokok pisang dan pokok kelapa.
Malah, beliau juga menunjukkan gambar karbon hitam yang melekat di atas permukaan tapak tangan penduduk, selain pada baju yang disidai di luar rumah.
Jelasnya, beliau pada 5 Disember lalu melaporkan masalah penduduk itu kepada Jabatan Alam Sekitar, sebelum jabatan itu melakukan siasatan selain mengesahkan kehadiran habuk itu yang sememangnya berpunca dari kilang.
"Seandainya jabatan, agensi kerajaan tak serius, masalah pada penduduk.
"Sehingga hari ini keadaan tidak berkurangan dan teraniayalah orang kampung Bukit Selambau kalau ini berterusan," katanya.
Bagaimanapun beliau tidak menyatakan kilang yang melepaskan karbon itu.
Majoriti cuba menghubungi Ali Yahaya bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berhubung aduannya itu, namun masih belum menerima maklum balas. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
