Penunggang motosikal dirakam buli pemandu wanita di Selayang


  • Tular
  • Isnin, 13 Dis 2021

IESYA Toh berkongsi status meminta pemandu wanita berhati-hati dengan pemandu motosikal sebegitu.—Facebook

SEORANG pemandu motosikal dipercayai bertindak membuli seorang pemandu wanita di sebuah jalan berdekatan Hospital Selayang menuju ke kompleks beli-belah Selayang Mall, Kuala Lumpur.

Kejadian itu dikongsi menerusi satu hantaran video di laman sosial Facebook oleh pemilik akaun Iesya Toh.

Dalam video berdurasi 25 saat itu, dipaparkan seorang penunggang motosikal sengaja menekan brek motosikalnya dihadapan kenderaan yang dipercayai dipandu oleh seorang wanita.

Tindakan penunggang lelaki terbabit menyebabkan pemandu wanita itu juga menekan brek secara mengejut.

Menyedari tiada pelanggaran yang berlaku, kedua-duanya meneruskan perjalanan, namun tidak disangka lelaki berkenaan yang tidak memakai helmet melakukan perkara sama sekali lagi tidak lama selepas itu.

Iesya Toh berkongsi status meminta pemandu wanita berhati-hati dengan pemandu motosikal tersebut yang dilihat sengaja melakukan sedemikian.

"Hati-hati buat pemandu wanita, motorsikal ini sengaja main brek di hadapan kenderaan yangg dipandu wanita.

"Lokasi di Hospital Selayang menghala ke Selayang Mall," kongsinya.

Berdasarkan paparan video 'dashcam' yang dikongsi juga kelihatan seolah-olah penunggang motosikal seperti mahu dilanggar supaya berlaku kemalangan.

Bagaimanapun, tiada sebarang huraian lanjut pada video yang dikongsi.

Majoriti juga masih menunggu maklum balas daripada pemilik akaun untuk maklumat lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram