Naik semula, negara rekod 5,020 kes baharu Covid-19


  • Primer
  • Rabu, 08 Dis 2021

MAKLUMAT terperinci mengenai Covid-19 akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW. — The Star

KES harian positif Covid-19 negara meningkat sedikit pada Rabu dengan merekodkan sebanyak 5,020 kes berbanding 4,965 kes pada Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, pertambahan itu bermakna jumlah kumulatif kes Covid-19 negara adalah 2,673,019 kes.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 4,525 kes sembuh direkodkan pada Rabu, menjadikan jumlah sembuh keseluruhannya sebanyak 2,581,395 kes.

Beliau berkata, sebanyak 13 kluster baharu dikesan, 245 kluster aktif, manakala 5,760 kluster telah tamat.

"Ini menjadikan jumlah kluster keseluruhan setakat ini sebanyak 6,005," katanya.

Katanya, sebanyak 428 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 237 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Tambahnya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

"Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

KKM, kes baharu, Covid-19