68 petugas kesihatan positif Covid-19 selepas berparti


  • Benua
  • Rabu, 08 Dis 2021

PIHAK berkuasa kesihatan berkata semua kes positif adalah petugas kasihatan yang menghadiri pesta Krismas itu. — Agensi

SERAMAI 68 orang petugas kesihatan positif Covid-19 selepas menghadiri parti Krismas di Selatan Sepanyol pada 1 Disember.

Hospital wilayah Malaga yang terletak di sebuah bandar di pantai selatan Sepanyol berkata, 170 kakitangannya menghadiri parti itu di sebuah restoran, susulan itu 68 orang positif termasuk jururawat doktor yang berkhidmat di di unit rawatan rapi.

Menurut portal USA Today, sebelum parti itu, kakitangan hospital tersebut mengambil ujian antigen dan keputusan adalah negatif.

Malah, semua kakitangan yang dijangkiti sudah lengkap vaksinasi dan tidak menunjukkan sebarang simptom.

Media tempatan melaporkan pegawai perubatan dan jururawat dari hospital lain di Andalusia terpaksa dihantar ke hospital itu untuk menggantikan tugas kakitangan berkenaan.

Situasi semasa pandemik meningkatkan kebimbangan terhadap risiko penularan virus dalam acara sosial terutama ketika sambutan Krismas.

Bagi mengekang risiko itu, pihak berkuasa di Andalusia melarang kakitangan hospital daripada menghadiri parti Hari Krismas.

Sepanyol turut merekodkan tambahan kes Covid-19 dalam beberapa minggu kebelakangan ini, yang dibimbangi berlakunya gelombang keempat ketika menghampiri musim sejuk.

Untuk rekod, negara itu mencatatkan sebanyak 5.1 juta kes Covid-19 secara keseluruhan dan 88,000 kematian sejak pandemik bermula pada dua tahun lalu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Positif, Covid-19, vaksin, Sepanyol, hospital