INSIDEN pergaduhan yang tular melibatkan antara empat orang lelaki dan seorang wanita di Ampang sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya mendapatkan perhatian warganet ekoran tindakan pantas seorang 'rider' Foodpanda.
Dalam video yang dikongsikan di laman Faceboo, PanduLaju.com.my menunjukkan dua kenderaan iaitu kereta Myvi dan lori itu berhenti di tengah jalan raya sebelum pemandu dan penumpang dua kenderaan terbabit bertekak sebelum tercetusnya pergaduhan fizikal.
Kelihatan dua lelaki Cina yang lebih muda memukul seorang lagi lelaki Cina dipercayai warga emas sebelum cuba dileraikan oleh seorang lagi lelaki dan wanita lain.
Kemudian, muncul seorang penunggang Foodpanda yang menarik lelaki tua itu daripada terus dipukul dan tindakannya mendapat pujian daripada warganet yang menonton video tersebut.
"Foodpanda bukan hanya menghantar makanan tapi sebagai pasukan keselamatan menjaga keamanan di jalan raya juga. Mana-mana kes mesti ada Foodpanda. Terbaik Foodpanda!!!," komen Walle Walle.
"Bagus, budak Foodpanda juga rela berhenti," komen seorang lagi pengguna Facebook yang menggunakan nama Mohd Sanusi Ismail.
Sementara itu warganet juga percaya kejadian itu berpunca apabila pemandu Myvi itu yang melanggar lori tersebut.
"King (Myvi) tak habis-habis buat hal. Kalau tak langgar kereta orang dia pukul orang," komen Arfah Kahar di hantaran tersebut.
"King langgar belakang lori ke?," kata Hafiz Bakary.
Setakat ini tiada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung insiden tersebut.
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram