Cuti topik Twitter paling hangat di Malaysia


  • Primer
  • Sabtu, 04 Dis 2021

MALAYSIA juga dikenali sebagai negara yang mempunyai cuti paling banyak di Asia Tenggara. — Agensi

HAMPIR sejuta perbualan rakyat Malaysia yang direkodkan di Twitter pada tahun lalu adalah berkaitan dengan cuti.

Malah, perbualan berkenaan cuti itu sudah bermula sekitar Oktober iaitu dua bulan lebih awal daripada musim percutian yang sebenar.

Pengarah Penyelidikan Asia Pasifik dan Eksport Global Twitter, Martyn U'ren berkata. berdasarkan kajian Twitter Asia Tenggara, perkara tersebut berlaku kerana tawaran promosi akhir tahun.

"Ada pelbagai jenama menawarkan promosi akhir tahun, penerbitan media bertemakan Krismas melibatkan selebriti dan saluran televisyen serta jangkaan tahun depan.

"Semangat musim percutian tidak pernah redup di Twitter, bahkan perbualan tersebut semakin banyak dan meriah.

"Ini adalah cara untuk orang ramai merancang apa yang mereka perlukan untuk membeli atau melakukan pelbagai persiapan sepanjang musim percutian," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut U'ren, kajian yang dilakukan juga mendapati lebih 8 juta perbualan berkaitan perpercutian dan membeli-belah berlangsung di Twitter menjelang musim percutian hujung tahun ini direkodkan di seluruh Asia Tenggara.

Jelasnya, Twitter juga menjadi ruang untuk mereka mencari inspirasi bagi melakukan pembelian dalam talian walapun perintah kawalan pergerakan telah dilonggarkan

"Di Malaysia perbualan mengenai membeli-belah dan aktiviti akhir tahun menerusi Twitter bermula pada Oktober, berterusan sepanjang sambutan Krismas dan tahun baharu sehingga Tahun Baharu Cina pada Februari.

"Jenama-jenama boleh menggunakan maklumat Twitter dalam merancang kempen lebih awal dan untuk berhubung dengan orang ramai yang mereka sasarkan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Twitter, Musim Cuti, Membeli-Belah, Kajian