Bukan sebab JDT kalah, tapi penyakit bipolar


  • 112
  • Sabtu, 04 Dis 2021

TANGKAP layar video tular memaparkan individu berkenaan membuat kacau ganggu di hadapan Jabatan Kecemasan HKL pada Khamis. — Facebook

POLIS mengesahkan seorang lelaki yang dirakam menjerit dan menyanyi di hadapan Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Khamis mengalami gangguan mental.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya mengesan video berdurasi 1 minit 47 saat berkenaan yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok bernama Zackroyeo sekitar jam 4.11 petang pada Jumaat.

VIDEO tular lelaki mengamuk di HKL pada Khamis. — Facebook

"Hasil siasatan mendapati individu tersebut berada di Jabatan Kecemasan HKL bersama keluarga untuk mendapatkan rawatan susulan kerana mengalami penyakit bipolar mood disorder.

"Kejadian tersebut berlaku pada Khamis jam lebih kurang 8.30 malam dan kereta peronda (MPV) telah menghala ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan pusat kawalan daerah Dang Wangi," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

261549694_270201598467271_2275319559901581411_n

KENYATAAN media Polis Daerah Dang Wangi. — Ihsan PDRM

Noor Dellhan berkata, individu tersebut berjaya ditenangkan dan dibawa masuk ke dalam wad untuk menerima rawatan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan klip video berkenaan untuk mengelakkan kegusaran awam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Polis, mengamuk, JDT kalah, HKL, bipolar,