Polis buru pemandu Persona guna lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan


  • 112
  • Khamis, 02 Dis 2021

TANGKAP layar video tular sebuah kereta Proton Persona memandu di lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan. — Facebook

POLIS kini sedang mengesan pemandu kereta yang memandu di dalam lorong motosikal di Kilometer (KM) 29.5, Lebuhraya Persekutuan, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya mengesan sebuah video yang tular di media sosial berhubung kejadian itu, pada Rabu.

"Satu laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Kenderaan terlibat adalah sebuah kereta jenis Proton Persona," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Petaling Jaya OCPD Asst Comm Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Mohamad Fakhrudin berkata, pihaknya mengesan video tular berkenaan di media sosial pada Rabu. — The Star

Mengulas lanjut, Mohamad Fakhrudin menyeru pemilik atau pemandu kereta dan saksi yang melihat kejadian untuk tampil membantu siasatan atau berhubung dengan pegawai penyiasat trafik, Inspektor Rozilah Hussin di nombor 016-2679025.

Polis turut memberi peringatan kepada pengguna jalan raya untuk mematuhi arah papan tanda dan undang-undang jalan raya bagi mengelakkan sebarang kejadian nahas.

Majoriti sebelum ini melaporkan tindakan seorang pemandu kereta menggunakan laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan mengundang kecaman netizen.

Dalam satu video tular di laman Facebook pada Selasa, kereta jenis Proton Persona itu dilihat enggan masuk ke jalan besar meskipun sudah diarah berbuat demikian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram