Saringan Covid-19 mingguan pelajar sekolah rendah pada setiap Rabu — Radzi


  • Primer
  • Sabtu, 27 Nov 2021

MENTERI Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin. — Bernama
UJIAN Covid-19 mingguan untuk murid sekolah akan dijalankan setiap hari Rabu pada hari persekolahan, kata Kementerian Pendidikan.

Menterinya, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, pihaknya akan mengeluarkan surat untuk memaklumkan tentang pelaksanaan saringan yang akan dilakukan secara bergilir-gilir tersebut.

"KPM menyambut baik saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan akan melaksanakan 10 peratus sampel saringan COVID-19 secara mingguan dengan kaedah penggiliran, selaras Strategi Pengujian Covid-19 Kebangsaan yang telah ditetapkan oleh KKM.

"KPM telah membekalkan kit ujian kendiri Covid-19 ke sekolah rendah KPM bag memastikan ujian saringan in dapat dilaksanakan seperti mana tatacara pelaksanaan ujian kendiri Covid-19 yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambah Radzi, pihaknya juga menyarankan agar ujian tersebut dilaksanakan di semua sekolah rendah institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah KPM. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

kpm, ujian, covid-19, sekolah rendah, radzi jidin, kkm