SEGALA aktiviti pendakian di Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Selangor ditutup sementara bermula Rabu.
Menerusi notis yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) di laman Facebook pada Isnin memaklumkan, penutupan itu berkuatkuasa hingga 31 Januari 2022.
"Individu yang melanggar notis ini akan diambil tindakan mengikut Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985. Sebarang pertanyaan, hubungi talian 03-55447000, 03-55447507 atau e-mel [email protected]," kata JPNS.
NOTIS yang dikeluarkan oleh JPNS pada Isnin. — Facebook JPNS
Baru-baru ini, media tempatan melaporkan Gunung Nuang yang terletak di Hulu Langat, Selangor ditutup serta-merta.
Penutupan itu termasuk larangan memasuki dan menjalankan aktiviti pendakian di dalam kawasan gunung terbabit berikutan risiko tanah runtuh dan musim tengkujuh. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram