Penerima Sinovac paling tinggi pesakit kategori 4,5


  • Primer
  • Sabtu, 20 Nov 2021

KHAIRY berkata, sela masa bagi pemberian dos penggalak untuk penerima vaksin primer jenis Sinovac lebih pendek berbanding vaksin jenis lain. — Getty Images

MAJORITI pesakit kategori empat dan lima Covid-19 dalam kalangan individu divaksin yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dari Minggu Epidemiologi (ME) Ke-35 hingga 45 adalah penerima vaksin jenis Sinovac.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, data kemasukan mingguan kategori empat dan lima ke hospital tersebut menunjukkan peningkatan ketara bagi penerima vaksin Sinovac berbanding Pfizer dan AstraZeneca.

"Disebabkan itu, kami mahu anda mengambil apa sahaja dos penggalak yang ditawarkan," katanya menerusi laman Twitter.

Screenshot 2021-11-20 182704

Tangkap layar hantaran Khairy di laman Twitter.

Beliau berkata, sela masa bagi pemberian dos penggalak untuk penerima vaksin primer jenis Sinovac lebih pendek berbanding vaksin jenis lain.

"Mengapa sela (masa) dos penggalak yang lebih pendek untuk Sinovac iaitu tiga bulan berbanding Pfizer atau AstraZeneca (enam bulan)?

"Walaupun Sinovac berkesan, terdapat bukti keberkesanannya berkurangan lebih cepat," katanya lagi.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Khairy Jamaluddin, KKM, vaksin, dos penggalak