Penduduk Pendang berang kontraktor buat kerja sambil lewa


  • Tular
  • Ahad, 28 Nov 2021

LOKASI lubang tersebut terletak bedekatan kawasan selekoh dan tidak diletakkan sebarang papan tanda amaran. — Facebook

"KENAPA korek lubang tak tutup balik?," itu luahan seorang pengguna jalan raya dekat Kampung Paya Mak Insun, kira-kira satu kilometer dari simpang keluar Kampung Baloh, Pendang, Kedah.

Berkongsi luahan dalam satu hantaran video dan gambar di grup laman sosial Facebook, Pendang, pada Sabtu, pemilik akaun Iera Nadzirah mendakwa kewujudan 'jerangkap samar' itu berpunca akibat kerja sambil lewa kontraktor Syarikat Air Darul Aman (SADA).

Iera berkongsi di status menyatakan bahawa lokasi kewujudan lubang itu membahayakan pengguna jalan raya kerana ia berada berdekatan kawasan selekoh tanpa sebarang papan tanda amaran.

Dia juga merupakan salah seorang pengguna jalan raya yang menjadi 'mangsa' lubang tersebut sehingga menyebabkan rim keretanya bengkok.

"Kontraktor SADA cuba buat kerja elok sikit, korek lubang tapi tidak tutup semula kenapa? Kawasan selekoh, jalan tidak besar, mahu elak tidak boleh kerana selisih dengan lori, bengkok rim kereta dibuatnya.

"Satu papan tanda pun tidak diletakkan, kamu fikir semua orang lalu jalan ini setiap hari dan boleh agak ada lubang di kawasan itu?," tulisnya.

Dia turut mempersoalkan, siapa yang bakal bertanggungjawab jika berlaku kemalangan, tambahan pula semasa kejadian (rim bengkok) Iera turut membawa anak-anaknya bersama.

lubang pendang 2

IERA juga merupakan manga lubang tersebut yang menyebabkan rim keretanya bengkok. — Facebook

Katanya, pihak berkaitan harus memikirkan penguuna jalan raya lain terutama penunggang motosikal yang menggunakan jalan raya tersebut tidak kira pada waktu malam atau siang.

"Fikirlah, jika penunggang motosikal terlanggar lubang tersebut yang dalam dan tajam, bukankah boleh menyebabkan kemalangan?

"Kepada pihak yang berkaitan sila bertanggungjawab terhadap perkara ini, jangan hanya berebut untuk ambil tender tetapi buat kerja sambil lewa," tambahnya lagi.

Berdasarkan video yang dikongsi, lubang di jalan raya yang dinyatakan Iera itu tidak dturap semula dengan baik.

lubang pendang 3

LUBANG tersebut didakwa merupakan hasil kerja sambil lewa kontraktor SADA. — Facebook

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan atau pihak bertanggungjawab berhubung aduan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram