TINDAKAN seorang lelaki mengamuk di kawasan kejiranannya kerana didakwa enggan membayar yuran keselamatan menjadi tular di Facebook.
Lelaki tersebut dipercayai telah berapa kali membuat hal dan bergaduh dengan pengawal keselamatan sehingga mengakibatkan ketidaktenteraman di kawasan perumahan yang dipercayai terletak di Setia Alam.
"Dia tinggal dalam ni tapi tidak mahu bayar yuran security. Jadi terpaksa masuk laluan bukan penghuni," kata pengguna Facebook yang menggunakan nama Hafiz Mansor di hantarannya.
"Bila guard minta ID dia tak mau bagi dan tekan hon panjang dan lama sampai jem jalan nak masuk," tambahnya.
Hantaran dari Hafiz Mansor
Menurut Hafis Mansor, pihak pengurusan di kediaman itu pernah melaporkan tindakan lelaki itu kepada polis namun tidak berkesan.
Pada Jumaat, lelaki yang dipercayai berbangsa Cina itu membawa peralatan untuk membuka palang dan cuba mengugut pegawai keselamatan yang bertugas.
Warganet di hantaran itu rata-rata mengecam tindakan lelaki tersebut yang disifatkan biadab dengan pengawal keselamatan dan menyarankan agar melaporkan tindakan lelaki tu kepada pihak polis.
Antara komen dari warganet di Facebook
"Jika ada report buat satu lampiran ke Bukit Aman, nyatakan balai mana dan siapa pegawai penyiasat. Elok minta pengawal keselamatan rakam masa mula provokasi," komen dari Muhammad Sufiyan.
"Paling tak suka jenis suka hina orang. Dia buat salah kita yang dihinanya," kata pengguna Facebook Suraya Ghafa.
Sehingga kini pihak berkuasa mahupun pihak pengurusan perumahan itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram