Pelajar sekolah rendah perlu jalani ujian Covid-19 setiap minggu — Khairy Jamaluddin


  • Primer
  • Jumaat, 26 Nov 2021

PELAKSANAAN ujian mingguan Covid-19 akan bermula minggu depan. — The Star

PELAJAR sekolah rendah mesti menjalani ujian mingguan Covid-19 mulai minggu depan, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, pelaksaaan itu adalah sebahagian daripada Strategi Ujian Nasional baharu yang diterbitkan oleh kementeriannya.

“Strategi ini akan menggariskan dengan jelas siapa yang perlu menjalani ujian Covid-19 dan bila, sama ada ujian RT-PCR atau ujian kendiri perlu diambil.

“Salah satu perkara dalam Strategi Ujian Kebangsaan adalah untuk sekolah rendah yang mana pelajar di bawah umur layak menerima vaksin mesti melakukan ujian mingguan Covid-19.

“Ujian itu perlu dijalankan ke atas sekurang-kurangnya 10% daripada populasi pelajar di sekolah. Pelajar akan bergilir-gilir menjalani ujian setiap minggu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Putrajaya pada Jumaat.

Khairy berkata, strategi ujian mingguan adalah untuk mencegah kemunculan kluster Covid-19 di sekolah.

Dokumen Strategi Ujian Nasional boleh dilihat di sini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram