Kembalikan Muafakat Nasional, kuburkan PH di PRU15 — Exco Umno


  • Politik
  • Jumaat, 26 Nov 2021

MUHAMMAD Muqharrabbin memberitahu, MN mempunyai struktir yang lebih baik termasuk dari segi jumlah ahli dan kekuatan jentera.

KEPIMPINAN tertinggi Umno dan PAS perlu kembali ke meja rundingan bagi memastikan Pakatan Harapan (PH) terkubur pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Perkara itu disuarakan Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin yang menggesa supaya kedua-dua parti itu kembali bersatu dan mengembalikan semua Muafakat Nasional (MN).

Katanya, perkara itu perlu dilakukan bagi demi Islam Melayu dan akar umbi kedua-dua parti yang bertungkus lumus dalam memenangkan Pilihanraya negeri Melaka dan juga Pilihanraya Kecil di semua tempat semasa kita menjadi pembangkang.

"Andai dua parti ini kekal kukuh, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dulu dalam PH pun, boleh rebah.

"Apabila PPBM mendaftarkan Perikatan Nasional, sebenarnya gerakan ini adalah satu yang kesilapan besar kerana agenda mereka jelas, ingin mengkuburkan Umno dan mengecilkan kekuatan kami.," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

MN adalah gabungan antara PAS yang mewakili Gagasan (PAS, Ikatan dan Berjasa) dan Umno yang mewakili Barisan Nasional (BN).

PN dianggotai oleh parti-parti politik tunggal bukan gabungan, Bersatu, PAS, Gerakan dan STAR.

Kata beliau lagi, dari segi struktur organisasi, MN lebih baik dan berstruktur termasuk dari segi jumlah ahli dan kekuatan jentera berbanding PN

Jelasnya, tidak rugi jika MN dapat direalisasikan dan menjadi tunjang menuju PRU15 kelak.

"Saya banyak bertanya kepada orang-orang yang tidak berparti termasuk anggota keselamatan dan juga bangsa lain, mereka jelas lebih selesa dengan MN.

"Mereka menjawab, setelah 22 bulan PH memerintah, mereka bukan mahu stabilkan negara, tetapi mengambil jalan membalas dendam dan merosakkan ekonomi dan kestabilan kau," ujarnya.

Tambah beliau lagi, rakyat mula sedar akan kesilapan memilih PH an PRN Melaka merupakan indikator berhubung perkara itu.

"Ada pihak yang memaklumkan, meskipun BN tidak sempurna, tetapi menerusi pemerintahan PH, mereka lebih nampak mana kaca, mana permata dan akhirnya mereka terjemahkan undi kekalahan demi kekalahan PH semasa PRK di beberapa negeri.

"Hakikat asalnya MN seumpama nukleus yang kemudiannya mencetuskan momentum yang lebih besar bernama kerajaan PN. Dengan pengertian lain, ia bermaksud tanpa pengukuhan MN, kerajaan PN tidak dapat dipertahankan," jelasnya lagi.

Muhamad Muqharabbin juga berharap agar kepimpinan besar kedua-dua parti dapat kembali bersatu demi rakyat dan akar umbi.

"Kembalilah semula ke meja rundingan demi kestabilan dan kemakmuran Islam dan semua bangsa di Malaysia," tambahnya lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram