Bergaduh kerana salah faham di Ampang, wanita antara lima individu ditahan


  • 112
  • Khamis, 25 Nov 2021

SEMUA suspek berusia 16 hingga 48 tahun itu ditahan di Taman Bukit Teratai dan Taman Pandan Mewah, Ampang pada Rabu. — Facebook

POLIS menahan lima individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan sekumpulan individu di Taman Seraya, Ampang, Selangor pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, dalam kejadian pada jam 4.30 petang itu, sekumpulan individu bertengkar dipercayai akibat salah faham.

"Semua suspek berusia 16 hingga 48 tahun itu ditahan di Taman Bukit Teratai dan Taman Pandan Mewah, Ampang pada Rabu.

"Polis merampas sebuah lori dan sebuah kereta serta senjata-senjata yang digunakan semasa kejadian," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, kesemua tangkapan negatif dadah dalam ujian saringan air kencing.

"Bagaimanapun, hasil semakan rekod lampau mendapati salah seorang daripada mereka mempunyai satu rekod lampau jenayah.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh menggunakan senjata," ujarnya.

Kata Mohamad Farouk lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Asri Ismail di talian 0104068158 atau mana-mana balai polis berhampiran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Mohamad Farouk, PDRM, gaduh, Ampang, wanita, suspek