ISU tular melibatkan produk milik penyanyi terkemuka negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu SimplySiti yang didakwa meniru produk lain telah selesai dengan baik.
Pengguna Twitter yang menggunakan nama Tati Hashim berkata, pihaknya sudah meminta maaf kepada pemilik produk yang ditiru itu.
"Bella, bagi pihak SimplySiti minta maaf sangat-sangat. My PD team akan semak balik dengan supplier untuk wipes tu. Kami juga meminta maaf atas apa yang telah berlaku," katanya.
Permohonan maaf yang dibuat wakil SimplySiti, Tati Hashim.
Permohonan maaf itu juga diterima dengan hati yang terbuka oleh Nabella Anuar yang merupakan pemilik kepada produk yang ditiru SimplySiti.
"Terima kasih Tati sebab ambil kisah benda ini. Awak pun tahu macam mana saya bermula dari bawah untuk produk saya. Awak pun ada dengan saya sejak dulu lagi di Twitter.
"Apa yang berlaku sudah pun selesai dan saya juga tidak mahu memanjangkan isu ini," katanya kepada Majoriti.
Tangkap layar perbualan antara pihak SimplySiti dan Kayman Beauty.
Dalam pada itu, Tati juga memaklumkan yang pihak SimplySiti kini sedang membuat semakan dengan pembekal berkenaan kejadian tersebut.
Terdahulu, Nabella yang merupakan pengasas kepada jenama Kayman Beauty memaklumkan yang satu daripada produknya telah ditiru oleh syarikat lain.
Wanita itu turut melahirkan rasa kecewa kerana tidak menyangka sebuah syarikat besar akan mengambil kesempatan atas usaha terutamanya daripada syarikat yang masih kecil. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram