MESKIPUN tidak lagi memegang jawatan penting dalam kerajaan, Datuk Seri Najib Razak masih menjalankan tugasnya untuk 'membahan' individu atau ahli politik yang tidak sekepala dengannya.
Seperti biasa, bekas Perdana Menteri itu menerusi hantaran di laman Facebook menghentam semula veteran DAP, Lim Kit Siang yang giat membangkitkan isu yang berkait rapat dengan beliau.
Tidak perlu menulis panjang, Najib hanya mempersetujui saranan seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Sue, supaya Kit Siang berpindah ke Indonesia.
"Cadangan bagi uncle Lim Kit Siang yang kini sangat rajin naikkan cerita berkenaan saya," kata Najib sambil memuat naik tangkap layar komen Sue di Facebook Kit Siang.
Tangkap layar kenyataan Najib berhubung komen netizen membidas Kit Siang di laman Facebook.
"Tak payah cakap manyak-manyak (banyak-banyak), pergi pindah Indon (Indonesia) je. Sana tak ada Najib," komen Sue.
Terdahulu, pelbagai isu dibangkitkan oleh Kit Siang bagi menempelak segala gerak-geri Najib, terutamannya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini.
Ini termasuk Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu menggesa kerajaan supaya menyiasat isu permohonan Ahli Parlimen Pekan bagi mendapatkan tanah dan rumah bernilai RM100 juta dan diundi di Parlimen.
Katanya, permohonan itu membabitkan bekas pemimpin negara yang terlibat dengan kes penyelewengan seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bukan itu sahaja, Kit Siang turut mempersoalkan sama ada kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam PRN Melaka akan menjadi batu loncatan buat Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram