Pesanan Puteh buat pelawak lepas dimaafkan Najib


  • Hiburan
  • Rabu, 17 Nov 2021

SESI permohonan maaf antara (dari kiri) Ali, Najib Razak, Vicha, Mamak dan Sharol.

SELEPAS dikecam kerana memparodikan watak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, kumpulan Puteh akhirnya memohon maaf.

Permohonan maaf itu dibuat oleh ahli kumpulan Puteh, Ali, Vicha dan Mamak secara terbuka di hadapan Najib di Melaka.

Menurut Ali, sketsa yang dilakonkan di atas pentas Maharaja Lawak Mega itu tidak disangka mendapat kecaman masyarakat.

"Kami meminta maaf atas apa yang berlaku dan ingin berpesan kepada semua pelawak bahawa perkara ini bukanlah satu perkara yang boleh dilakukan sesuka hati," kata Ali.

Sementara itu, Vicha juga meminta maaf kerana memparodikan Rosmah Mansor apatah lagi dia merupakan warga Indonesia yang mencari makan di sini.

"11 tahun saya di sini dan perkara ini yang pertama berlaku kepada saya. Mungkin ini juga pelajaran buat kami sebagai pelawak," katanya.

Bagi Najib, dia memaafkan apa yang berlaku kerana dia sedar niat sebenarnya bukanlah untuk mengaibkan sesiapa cuma sekadar untuk melawak sahaja.

Namun, jelasnya, reaksi orang ramai yang tidak setuju dan membantah apa yang dilakukan oleh Puteh.

"Bila pemimpin dijadikan tajuk untuk jadi bahan ketawa, tafsiran itu boleh jadi lain.

"Saya terima kemaafan daripada Puteh dan kita teruskan sahajalah kehidupan seperti biasa," katanya.

Selain kumpulan Puteh, pelawak, Shahrol Shiro turut hadir pada majlis ringkas yang didakan di di Baitu Tariq, Klebang Permai, Melaka.

Najib ketika itu berkunjung bertemu calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad malam ini.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram