Semakin menurun, 4,854 kes Covid-19 baharu dicatat


  • Primer
  • Ahad, 21 Nov 2021

NEGARA mencatatkan penurunan sebanyak 1,005 kes Covid-19 pada Ahad.

MALAYSIA mencatatkan 4,854 kes baharu Covid-19 pada Ahad, menurun berbanding 5,859 kes yang dicatatkan pada Sabtu.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini meningkat kepada 2,586,601 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, kes sembuh pada Ahad adalah sebanyak 5,525 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 2,487,809.

Daripada keseluruhan jumlah kes baharu pada Ahad, Noor Hisham berkata, 4,842 kes adalah jangkitan tempatan manakala 12 merupakan kes import.

"Daripada 4,854 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 86 kes adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 4,768 kes lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya.

Tambah beliau, setakat jam 12 tengah hari 21 November 2021, seramai 541 pesakit memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 267 kes memerlukan bantuan pernafasan, jelasnya.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, sebanyak tiga kluster baharu dikenal pasti pada Ahad, dengan jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 235. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram