Tidak rasmi, PN dahului BN undian awal


  • Politik
  • Sabtu, 20 Nov 2021

SEORANG anggota bomba mengundi di salah satu pusat pengundian di Melaka sempena PRN Melaka. — Bernama

MELAKA dilaporkan berkemungkinan bertukar kerajaan apabila Perikatan Nasional (PN) mendahului Barisan Nasional dalam undian awal, berdasarkan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Memetik laporan MalaysiaKini, keputusan awal yang melibatkan pengundi tentera dan polis yang mengundi pada 16 November lalu menunjukkan BN kekal dominan tetapi PN cuba untuk mengejar.

Di Bemban, PN mengatasi BN dalam data undian awal, apabila meraih 136 undian berbanding BN memperoleh 71. PH hanya mendapat empat undian.

Di Ayer Keroh, PN mendapat 270 undian, cuba mengejar BN yang memperoleh 333 undian manakala Pakatan Harapan (PH) pula hanya mendapat 36 undian.

Trend yang sama juga dilihat di Bandar Hilir apabila PN memperoleh 181 undian berbanding BN sebanyak 271 undian manakala PH pula memperoleh hanya 23 undian.

Bagaimanapun, keputusan berkemungkinan bakal berubah apabila kiraan undian rasmi dibuat pada Sabtu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

keputusan, PRN Melaka, PN, BN, PH