KEBIASAANNYA, calon yang bertanding dalam Pilihan Raya akan menjadi antara yang terawal membuang undi di kawasan mereka.
Tetapi berbeza pula dengan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar, menjadi antara calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka terakhir yang mengundi.
Khaidhirah atau nama lebih dikenali sebagai Dira hadir membuang undi di Sekolah Kebangsaan Merlimau 1, kira-kira pukul 3.10 petang.
Menurut Dira, kelewatannya membuang undi disebabkan dia meninjau proses pengundian di DUN Rim terlebih dulu.
"Saya rasa lega selesai mengundi. Saya mengundi lewat kerana meninjau kawasan saya terlebih dulu dan Alhamdulillah, semua berjalan lancar.
"Walaupun sedikit berbeza dengan tradisi calon mengundi awal pagi, ia tidak menjadi masalah selagi saya sempat menjalankan tanggungjawab sebelum waktu mengundi berakhir," katanya.
Dira berdepan calon Pakatan Harapan (PH) yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan Melaka, Prasanth Kumar Brakasam serta calon Perikatan Nasional (PN) yang juga Ketua Srikandi BERSATU Melaka, Azalina Abdul Rahman.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, BN menang di DUN Rim dengan majoriti kecil 536 menerusi Datuk Ghazale Muhamad, yang menewaskan Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR) dan Kintan Man (PAS). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram