Polis tak pakai 'side mirror', no plat 'fancy' di Ampang akhirnya dapat surat saman


  • 112
  • Jumaat, 19 Nov 2021

TANGKAP layar video TikTok tentang perbuatan anggota polis itu di TikTok. — TikTok

POLIS memaklumkan tindakan berlandaskan undang-undang telah diambil terhadap seorang anggota polis yang didapati menunggang motosikal menggunakan nombor pendaftaran kenderaan 'fancy' dan tanpa cermin pandang belakang.

"Saman trafik bagi kesalahan nombor pendaftaran 'fancy' dan saman trafik bagi kesalahan tiada cermin pandang belakang dikeluarkan.

"Pihak IPD Ampang Jaya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggota yang melanggar peraturan ditetapkan," ujar Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak dalam kenyataan pada Jumaat.

Terdahulu, tingkah laku anggota ronda Balai Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ampang itu tular menerusi video TikTok yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai @haikaliskandr pada Khamis.

Video berdurasi 21 saat itu menunjukkan pengguna TikTok tersebut meminta pandangan warganet tentang perbuatan anggota polis berkenaan yang dilihat melanggar peraturan jalan raya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram