Bayaran kedua GKP RM500 bermula 23 November


  • Primer
  • Jumaat, 19 Nov 2021

ISMAIL berharap bayaran GKP dapat membantu untuk memulihkan semula perniagaan mereka. — The Star

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa bayaran kedua Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 berjumlah RM500 akan dibuat mulai Selasa, 23 November 2021.

Perkara itu dinyatakan beliau menerusi satu hantaran di akaun rasmi laman sosial Facebook pada Jumaat.

Menurut beliau, semakan status kelulusan pula boleh dibuat mulai Isnin, 22 November 2021.

"Berita yang dinantikan seluruh Keluarga Malaysia, bayaran kedua Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 berjumlah RM500 akan dibuat mulai Selasa, 23 November 2021.

"Semakan status kelulusan pula boleh dibuat mulai Isnin, 22 November 2021," tulisnya.

Tambah beliau lagi, menerusi agihan ini diharap perusahaan kecil sederhana (PKS) mikro dapat membantu untuk memulihkan semula perniagaan mereka yang terjejas sepanjang pandemik Covid-19.

Semakan status GKP boleh di semak di sini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram