SEBANYAK 6,380 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Khamis, menaik berbanding 6,288 kes yang dicatatkan pada Rabu.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 2,569,533 kes setakat ini.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataannya memaklumkan, kes sembuh pada Khamis dicatatkan sebanyak 5,760 kes, menjadikan jumlah keseluruhan pulih menjadi 2,472,283 kes.
Katanya, sebanyak sembilan kluster baharu dikesan, 246 kluster aktif manakala 5,621 kluster tamat.
"Ini menjadikan jumlah kluster keseluruhan ketika ini sebanyak 5,867," katanya.
Tambahnya, sebanyak 541 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), yang mana 452 daripadanya disahkan positif Covid-19.
"Kes yang memerlukan bantuan pernafasan pula adalah sebanyak 263 kes," katanya.
Jelasnya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: http://covidnow.moh.gov.my
"Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram