Kanak-kanak lima tahun jatuh dari tingkat 16 kondominium di Batu Caves


  • 112
  • Rabu, 17 Nov 2021

AHLI forensik memeriksa mayat kanak-kanak tersebut. — Bernama

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dilaporkan terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Batu Caves, Gombak, Kuala Lumpur pada pagi Rabu.

Menurut ibu saudara kepada kanak-kanak itu, Fauziah Hanum Cik Ros, 36, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 10.30 pagi apabila tiba-tiba beliau sedar tentang kehilangan anak saudaranya selepas didapati tiada di biliknya.

"Semasa kejadian, saya sedang mandi dan dia baru sahaja bangun tidur kerana dia tidur lewat semalam (Selasa), namun sebaik sahaja saya siap mandi, saya tidak nampak kelibat dia di rumah.

"Saya terus telefon ibunya, Bella yang berada di luar semasa kejadian,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Tambahnya, dia mendapat tahu bahawa anak saudaranya itu berada di tingkat dua kondominium berkenaan selepas dihubungi oleh Bella, yang dimaklumkan orang ramai bahawa ada kanak-kanak dikesan di tempat tersebut.

Sementara itu, teman lelaki Bella yang hanya mahu dikenali sebagai Am berusia 20-an berkata, dia sedang tidur di rumahnya di Ampang semasa mendapat panggilan telefon daripada Bella yang memberitahu bahawa anaknya hilang

Ujar Am lagi, dia sepatutnya melangsungkan pernikahan dengan Bella pada Jumaat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

keluarga, anak mangsa, tingkap, jatuh, maut