TUDM tubuh jawatankuasa khas siasat insiden pesawat Hawk


  • Primer
  • Rabu, 17 Nov 2021

SEORANG juruterbang TUDM maut dalam nahas pesawat Hawk 108 di Pangkalan Udara Butterwoth, Pulau Pinang pada Selasa. — Bernama

SATU jawankuasa khas ditubuhkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menyiasat punca insiden pesawat pejuang Hawk 108 yang terhempas di Pangkalan Udara Butterworth TUDM, Pulau Pinang pada Selasa.

Menurut Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, jawatankuasa tersebut akan menyiasat pelbagai aspek termasuklah operasi dan latihan.

"Namun, masih terlalu awal untuk membuat keputusan menggantung penggunaan pesawat jenis tersebut ketika siasatan dilakukan," jelasnya.

Ikmal Hisham berkata demikian kepada pemberita selepas menerima sumbangan 15,000 kotak makanan daripada badan bukan kerajaan, Bantu-Bantu Malaysia di Pangkalan Udara Subang, Selangor pada Rabu.

Nahas pesawat pejuang Hawk 108 berlaku kira-kira pukul 10.07 malam Selasa, mengakibatkan juruterbang TUDM iaitu Kapten Mohamad Affendi Bustamy meninggal dunia manakala Mejar Mohd Fareez Omar cedera.

Mohd Fareez ketika ini menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

TUDM, jawatankuasa, nahas, Hawk 108, siasatan