BERITA tular berkenaan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia ternyata palsu selepas beliau dilaporkan masih sihat bersama isteri tercinta.
Perkara itu dikongsikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang memaklumkan bahawa dia baru sahaja menghubungi isteri Pak Lah, Tun Jeanne.
"Alhamdulillah Ayahanda Tun Abdullah dalam keadaan sihat walafiat. Begitu juga dengan Tun Jeanne," katanya pada Isnin.
Beliau berkata demikian menerusi perkongsian di laman sosial Facebook miliknya.
Tambah Reezal Merican lagi, beliau mengajak seluruh rakyat mendoakan pemimpin tersebut agar sentiasa sihat selain meluahkan rasa rindu terhadap mereka berdua.
"Saja nak kongsi gambar lama bersama Tun Abdullah dan Tun Jeanne. Rindu mereka berdua," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram