Jawi hidang siakap tiga rasa untuk asnaf


  • Massa
  • Ahad, 14 Nov 2021

LEBIH 200 kilogram menu siakap tiga rasa disediakan untuk golongan asnaf pada Ahad. — Twitter Jawi

JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menghidangkan lebih 200 kilogram ikan siakap tiga rasa kepada golongan asnaf sekitar kariah Masjid al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur sebagai menu makanan tengah hari pada Ahad.

Menurut kenyataan Jawi di Twitter, hidangan istimewa berkenaan dimasak secara bergotong-royong oleh jawatankuasa masjid tersebut.

Tambah kenyataan itu, program terbabit merupakan sebahagian daripada aktiviti Dapur It'am Jawi dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

"Ia berkonsepkan 'soup kitchen' dan edaran makanan percuma setiap hari melibatkan 70 buah masjid dan surau di Wilayah Persekutuan.

"Turut diagihkan ikan siakap segar dan barangan keperluan asas harian," ujar kenyataan terbabit pada Ahad.

Tambah Jawi, lebih RM16 juta dibelanjakan menerusi program tersebut sejak dimulakan ketika awal tempoh pandemik Covid-19 melanda negara.

"Lebih sejuta menerima manfaat terdiri daripada petugas barisan hadapan, petugas kebersihan, pemandu e-hailing, asnaf dan golongan B40, kejiranan bukan Muslim serta lain-lain golongan terkesan dan memerlukan di sekitar Wilayah Persekutuan," menurut Jawi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Jawi, MAIWP, siakap, Langkawi