Awas! 'Scam' jual beli PS5 sehingga RM1.1 juta


  • Tular
  • Rabu, 10 Nov 2021

IDENTITI suspek yang dikongsi oleh warganet di media sosial. — Facebook

SEJAK Selasa, kecoh tentang sebuah kedai menjual konsol Sony PlayStation 5 (PS5) yang dipercayai terlibat dalam kes penipuan pembelian bernilai lebih RM1.1 juta.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh oleh Majoriti menerusi 'group' Telegram setakat pukul 6.23 petang Rabu, seramai 166 orang mangsa ditipu dan nilai kerugian dianggarkan bernilai RM1.1 juta.

'Group' Telegram berkenaan ditubuhkan oleh semua mangsa yang ditipu.

Beberapa perkongsian di kumpulan komuniti PS5 mendedahkan suspek dikenali sebagai Bryan Tan Pei Er pada mulanya menjalankan urusan penjualan dan pembelian dengan baik untuk mendapatkan kepercayaan orang ramai.

Capture 8

TANGKAP layar Instagram milik suspek yang mendakwa berlaku masalah dengan pihak pembekal. — Instagram

Suspek turut didapati menggunakan akaun bank menggunakan nama ibu dan adiknya untuk segala urusan penjualan dan pembelian.

Warganet turut berkongsi maklumat bahawa suspek menggunakan alamat palsu untuk mengelakkan dirinya dikesan orang ramai.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Scam, PS5, Facebook