Angka Covid-19 meningkat mendadak ke 6,243 kes


  • Primer
  • Rabu, 10 Nov 2021

ANGKA kes harian Covid-19 terus meningkat dengan 6,243 kes baharu.

SEBANYAK 98.3 peratus atau 6,137 kes daripada jumlah keseluruhan 6,243 kes baharu Covid-19 yang dilapor pada Rabu terdiri daripada Kategori Satu dan Dua, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, sebanyak 1.7 peratus atau 106 kes baharu Covid-19 pula dalam Kategori Tiga, Empat dan Lima.

"Sebanyak 543 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 279 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan.

Noor Hisham berkata, kes sembuh Covid-19 yang dilapor pada Rabu pula adalah sebanyak 5,068 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini 2,430,122.

Beliau berkata. tujuh kluster baharu dikenal pasti melibatkan dua kluster tempat kerja dan masing-masing satu kluster bagi kumpulan berisiko tinggi, pendidikan lain, institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM), institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah KPM dan pendidikan tinggi.

"Negeri yang mencatat kluster baharu ialah Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Johor, Pahang dan Kuala Lumpur," katanya. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram