Menurun lagi, 4,626 kes baharu Covid-19 dicatat Isnin


  • Primer
  • Isnin, 01 Nov 2021

JUMLAH kluster keseluruhan ketika ini adalah sebanyak 5,776. —The Star

SEBANYAK 4,626 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin, menurun berbanding 4,979 kes yang dicatatkan pada Ahad.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 2,476,268 kes setakat ini.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataannya memaklumkan, jumlah kes sembuh pada Isnin adalah sebanyak 5,299, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,380,060 kes.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak lima kluster baharu dikenal pasti, 5,365 kluster telah tamat manakala 411 kluster masih aktif.

"Ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster setakat ini adalah sebanyak 5,776," katanya.

Tambahnya, sebanyak 569 kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 301 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram