SEBANYAK 4,979 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad, menurun berbanding 5,854 kes yang dicatatkan pada Sabtu.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 2,471,642 kes setakat ini.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataannya memaklumkan, sebanyak 6,127 kes sembuh baharu direkodkan pada Ahad, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kepada 2,374,761.
Selain itu, sebanyak 562 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan 326 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak enam kluster baharu dicatatkan pada Ahad menjadikan jumlah kluster kepada 5,771. Daripada jumlah berkenaan, hanya 428 kluster masih aktif. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram