Duti eksais kurangkan bahaya rokok di Malaysia


  • Massa
  • Sabtu, 30 Okt 2021

KERAJAAN bercadang mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin, yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape. —The Star

PELAKSANAAN duti eksais bagi produk cecair nikotin adalah langkah tepat bagi mengurangkan bahaya rokok di Malaysia, kata Nedal Salem.

Pengarah Urusan British American Tobacco (Malaysia) Berhad (Bat Malaysia) itu berkata, perundangan itu juga memastikan produk yang digunakan mematuhi standard kualiti dan keselamatan.

"BAT Malaysia mempunyai matlamat jelas iaitu membina 'Masa Hadapan Lebih Baik' dengan mengurangkan impak kesihatan dalam perniagaannya, dan dengan itu, mewujudkan nilai pelbagai pemegang taruh," katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2022 pada Jumaat berkata, kerajaan bercadang mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin, yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.

Meskipun menyambut baik perkara itu, Nedal berkata, sebagai kerangka kerja percukaian bagi mengurangkan produk berisiko hendaklah dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya dan menggalakkan pertukaran daripada rokok tradisional, dan tidak pula mendorong pengguna beralih kepada alternatif pasaran gelap yang murah dan tiada tertakluk di bawah apa-apa peraturan.

"Jika tidak, kesilapan melaksanakan kadar eksais tinggi rokok akan diulangi yang mana kerajaan kerugian hasil cukai RM5 bilion setiap tahun," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

vape, nikotin, Bat Malaysia