Makin mencanak, sebanyak 6,377 kes baharu Covid-19 direkod pada Khamis


  • Primer
  • Khamis, 28 Okt 2021

KES harian Covid-19 negara kembali menunjukkan peningkatan. — Gambar hiasan

KES harian jangkitan Covid-19 negara kembali menunjukkan trend kenaikan apabila sebanyak 6,377 kes direkodkan pada Khamis berbanding 6,148 kes pada Rabu.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 2,454,749 kes setakat ini.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataannya memaklumkan, sebanyak 6,637 kes sembuh baharu direkodkan pada Khamis, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kepada 2,354,622.

Selain itu, sebanyak 564 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan 294 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak lapan kluster baharu dicatatkan pada Khamis menjadikan jumlah kluster kepada 5,752. Daripada jumlah berkenaan, hanya 474 kluster masih aktif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram