Kes Covid-19 makin mencanak, rekod 6,148 kes


  • Primer
  • Rabu, 27 Okt 2021

JUMLAH kes Covid-19 pada Rabu direkodkan lebih tinggi berbanding Selasa. — Gambar hiasan/Agensi

MALAYSIA merekodkan peningkatan kes baharu Covid-19 pada Rabu dengan jumlah sebanyak 6,148 kes.

Jumlah itu lebih tinggi berbanding kes pada Selasa iaitu 5,726 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah semasa itu menjadikan jumlah keseuruhan bertambah kepada 2,448,372 kes setakat ini.

Maklumat terperinci mengenai kes akan dimuatnaik di laman CovidNow. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Covid-19, kes, meningkat, Malaysia, kkm, Noor Hisham