MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan supaya orang ramai sentiasa memakai pelitup muka meskipun terdapat negara lain memberi kelonggaran tentang perkara itu.
Beliau berkata demikian susulan satu video Tiktok yang tular tentang seorang wanita warga negara asing yang dilarang memasuki sebuah butik mewah di pusat beli belah, Suria KLCC, Kuala Lumpur pada Rabu.
Katanya dalam hantaran di akaun rasmi laman sosial Twitter miliknya pada Rabu, Khairy turut memberitahu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menerima banyak makluman berhubung pengunjung tidak memakai pelitup muka ketika di KLCC.
KHAIRY berkongsi hantaran pada Rabu.
"Ketika di Rom ikut cara orang di sana. Semasa di Malaysia, sila pakai pelitup muka, tidak kira peraturan di tempat lain.
"KKM menerima banyak aduan daripada pihak KLCC," kongsinya pada Rabu.
Video berkenaan memaparkan seorang wanita dipercayai warga Itali dalam lingkungan berusia pertengahan 40-an yang berdegil untuk membeli belah di premis barangan mewah di KLCC meskipun dia dihalang oleh dua orang pekerja premis berkenaan.
Berang tidak dibenarkan masuk ke premis, berlaku perang mulut antara wanita itu dengan kakitangan premis dan kedengaran wanita itu menyebut Malaysia sebagai negara free country. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram