Hajat kanak-kanak 11 tahun tidak kesampaian


  • 112
  • Selasa, 26 Okt 2021

BAPA mangsa, Md Rizal Ramdzan, 42, ketika berada Jabatan Forensik Hospital Putrajaya.

HASRAT seorang kanak-kanak perempuan bercuti bersama keluarga di Janda Baik, Pahang tidak kesampaian apabila maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh pangsapuri di Persint 5.

Bapa mangsa, Md Rizal Ramdzan, 42, berkata, anaknya itu, Keisya Nawrah, 11, cukup teruja untuk bercuti yang dijadualkan minggu ini.

Keisya Nawrah dilaporkan terjatuh dari tingkat tujuh pangsapuri pada sekitar jam 6.15 petang, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada kira-kira 7 malam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP A Asmadi Abdul Aziz berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Pihaknya kini sedang menunggu bedah siasat dan siasatan lanjut sedang dijalankan. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

kanak-kanak, jatuh, polis, asmadi abdul aziz