MAJLIS Bandaraya Shah Alam (MBSA) menafikan berlakunya kejadian banjir kilat di Seksyen 13 seperti satu video tular di media sosial.
Menerusi satu kenyataan di Facebook, MBSA berkata, video banjir kilat yang dimuat naik dipercayai di aplikasi TikTok itu adalah kejadian lama yang berlaku sebelum ini.
"Untuk makluman hasil pemantauan pihak MBSA di kawasan Seksyen 13 didapati tidak berlaku banjir kilat.
"Hantaran video yang dimuat naik merupakan video kejadian banjir kilat yang berlaku sebelum ini," katanya pada Rabu.
MBSA berkata, pihaknya melalui Unit Pasukan Tindakan Segera (Pantas) bagaimanapun akan memantau ‘hotspot’ banjir sebagai langkah berjaga-jaga.
Tambahnya, semua pihak dipohon supaya tidak menularkan video atau menyebarkan maklumat yang kurang tepat dan sahih.
Ini kerana katanya, ia boleh menimbulkan kegusaran dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Terdahulu, satu video kejadian dikatakan berlaku di Seksyen 13 yang menunjukkan kenderaan dan motosikal ditenggelami air setinggi paras pinggang tular di media sosial. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

KENYATAAN MBSA berhubung video banjir di Seksyen 13.