SETAKAT Jumaat, sebanyak 94.4 peratus atau 22,109,534 populasi dewasa di negara ini sudah melengkapkan vaksinasi Covid-19.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal COVIDNOW, 97.4 peratus atau 22,803,407 individu dewasa pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Menurut data itu lagi, seramai 1,456,265 individu atau 46.3 peratus golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun melengkapkan vaksinasi, manakala 2,540,794 atau 80.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin setakat Jumaat.
Ini menjadikan jumlah keseluruan populasi negara yang sudah melengkapkan vaksinasi meningkat kepada 23,565,799 atau 72.2 peratus, manakala mereka yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos adalah 25,344,201 atau 77.6 peratus.
Dalam pada itu, sebanyak 157,999 dos vaksin harian diberikan pada Jumaat melibatkan golongan dewasa dan remaja, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin meningkat kepada 48,831,214 dos.
Jumlah dos penggalak yang diberikan pada Jumaat pula adalah sebanyak 18,267 dos, meningkat kepada 84,941 dos secara keseluruhan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram