5,828 kes baharu Covid-19 direkod pada Sabtu


  • Primer
  • Sabtu, 23 Okt 2021

KESELURUHAN jangkitan mencecah 2,426,050 kes. — Agensi

SEBANYAK 5,828 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu, menurun berbanding 6,630 kes pada Jumaat.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 2,426,050 kes setakat ini.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataannya memaklumkan, sebanyak 9,178 kes sembuh baharu direkodkan pada Sabtu, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kepada 2,320,391.

Selain itu, sebanyak 620 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan 297 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak dua kluster baharu dicatatkan pada Sabtu menjadikan jumlah kluster kepada 5,162. Daripada jumlah berkenaan, hanya 557 kluster masih aktif.

Daripada 5,828 kes harian yang dilaporkan, 97 kes adalah kategori 3,4 dan 5 manakala 5,731 kes terdiri daripada kategori 1 serta 2. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram