Larangan merokok di kedai makan diperketat — Khairy Jamaluddin


  • Primer
  • Khamis, 21 Okt 2021

LARANGAN merokok di premis makanan selaras dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018. — Gambar hiasan/The Star

Penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan akan ditingkatkan selaras dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin

Menurutnya, beliau telah mengarahkan pasukan penguat kuasa untuk berbuat demikian semalam.

"Semalam saya telah minta penguatkuasaan terhadap larangan merokok ini ditingkatkan lagi.

"Sambil memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pandemik, boleh denda perokok yang langgar larangan tersebut. Sekali harung,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi ciapan dalam akaun laman sosial Twitternya pada Khamis.

Penguatkuasaan penuh Peraturan 11(1)(d) PPKHT 2004 pindaan 2018 iaitu larangan merokok di semua premis makanan termasuk premis makanan terbuka, telah bermula pada 1 Januari 2020. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram