Covid-19: Kadar kemasukan ke hospital di Sarawak, Lembah Klang meningkat


  • Primer
  • Khamis, 21 Okt 2021

KADAR kemasukan ke hospital berkaitan kes Covid-19 di Sarawak dan Lembah Klang menunjukkan peningkatan dalam masa tujuh hari lalu, kata Khairy Jamaluddin. — Bernama

KADAR kemasukan ke hospital berkaitan kes Covid-19 di Sarawak dan Lembah Klang menunjukkan peningkatan dalam masa tujuh hari lalu, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Berdasarkan laman Twitter Khairy pada Khamis, tangkapan skrin data dari portal CovidNow menunjukkan peningkatan sebanyak 22 peratus di Lembah Klang dan peningkatan 16 peratus di Sarawak.

Khairy berkata, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia akan meningkatkan analisis dan pengawasan mereka.

Ciapan Khairy pada Khamis juga menunjukkan peningkatan sebanyak 23 peratus di Selangor, Kuala Lumpur (12 peratus) dan Putrajaya (lima peratus).

Malaysia mencatatkan 5,516 kes Covid-19 baharu, menjadikan jumlah jangkitan kumulatif di negara ini menjadi 2,407,382 pada Rabu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

KJ, vaksin, MySejahtera, kkm, khairy jamaluddin,