"SAYA terpaksa bertegas dalam isu ini,. Panggillah saya dajal atau apa sekalipun," kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaludin Abu Bakar berhubung pendekatannya terhadap golongan yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19.
Khairy berkata demikian menerusi satu hantaran di laman sosial Twitter miliknya pada Isnin yang juga membidas kembali kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad.
KHAIRY membidas respon Anwar menerusi hantaran di Twitter pada Isnin. — Twitter
Kongsinya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus memberikan kesedaran dan penerangan tentang keberkesanan Covid-19.
“Nak kata kerajaan tidak cukup bagi penerangan tentang vaksin tidak betul. Kita dah kemukakan segala bukti saintifik tentang keberkesanan vaksin Covid-19 dari awal lagi dan kita terus memberi penerangan.
“Saya minta maaf saya terpaksa bertegas dalam isu ini. Panggilah saya dajal atau apa sekalipun,” tulisnya.
Terdahulu, Anwar menyatakan bahawa beliau tidak setuju dengan Khairy yang mengambil pendekatan 'paksaan' terhadap rakyat Malaysia yang enggan menerima vaksin.
Katanya, kerajaan sepatutnya memberi kesedaran kepada mereka mengenai keperluan menerima vaksin. — Majoriti