Wanita bahayakan nyawa anak berbasikal di jalan raya


  • Tular
  • Rabu, 20 Okt 2021

SEORANG individu membawa anak kecil dalam 'bike trailer' ketika berbasikal di ibu kota menjadi tular di media sosial. β€” Twitter

BELUM pun reda dengan tragedi wanita digilis lori ketika berbasikal di Kedah pada minggu lalu, ada lagi rakyat yang masih berdegil melakukan aktiviti beriadah di lokasi bahaya.

Dalam kejadian pada 12 Oktober lalu, mangsa Nor Nazirah Jamaluddin, 41, sedang menunggang basikal bersendirian tetapi akhirnya maut apabila sebuah lori membawa muatan batu yang membelok ke kiri dipercayai tidak perasan kelibat mangsa yang sedang mengayuh basikal lalu melanggarnya sehingga mangsa dan basikalnya terperosok di bawah lori.

Insiden itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai tetapi kebanyakannya menyalahkan sikap pengayuh yang melakukan aktiviti itu tanpa mengambil kira aspek keselamatan.

Terbaharu seoran pengguna Twitter, @Tok_Tek pada Selasa berkongsi sebuah rakaman video menunjukkan seorang individu membawa anaknya yang masih kecil sambil menunggang basikal di tengah ibu kota.

Dia menegur tindakan individu berkenaan yang seakan-akan tidak mengendahkan soal keselamatan diri dan anaknya.

"Bawa anak berbasikal begini adalah berbahaya. Walaupun kita ingin mengamalkan hidup sihat tapi kena tengok tempat juga.

"Salah kerajaan tidak sediakan lorong berbasikal atau salah hobi aku mahal?" katanya.

Video berdurasi 45 saat itu mendapat kira-kira 56,000 jumlah tontonan dan 1,628 tanda suka setakat artikel ini ditulis.

Perkongsian @Tok_Tek berkenaan turut menerima reaksi daripada warganet.

"Salah kerajaan tak sediakan lorong berbasikal dan pemandu kereta patut alert dengan pengguna basikal juga. Perlu ada toleransi di antara kedua-dua pengguna jalan raya. But I agree that it’s dangerous nak bawa anak macam itu," ujar pengguna Twitter, @TanganKayu.

"Oh no!! @JPJ_Malaysia @PDRMsia_Trafik @mkjrmalaysia @mirosroadsafety perlu larang keras penggunaan bike trailer yang membawa muatan kanak-kanak macam itu. Sangat merbahaya. Ia hanya sesuai digunakan di kawasan taman rekreasi sahaja. Tiada kompromi," tegas seorang lagi pengguna Twitter, @MarwanMahmud.

"Walaupon aku menyokong berbasikal untuk kesihatan,tapi kalau begini memang tak patut. Bahaya untuk anak-anak itu. Berbasikallah di taman atau kawasan rekreasi," kata @addyzaidy. β€” Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Twitter, basikal, anak, warganet