Gempar warga emas dipukul geng basikal


  • Tular
  • Isnin, 18 Okt 2021

KECEDERAAN yang dialami seorang warga emas dipercayai dipukul sekumpulan penunggang basikal pada Ahad. — Facebook

KEADAAN malang seorang warga emas yang cedera dipercayai dipukul 'geng basikal' menjadi bualan netizen hingga tular di laman sosial Facebook sejak Ahad.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh anaknya yang menggunakan nama Aizal Wariner pada Ahad yang memperlihatkan gambar orang tua itu berlumuran darah di kepala.

Aizal mendakwa, bapanya dipukul kerana salah faham selepas dia dikatakan menegur geng berbasikal itu yang dipercayai menunggang basikal secara berbahaya dari arah bertentangan.

"Lu orang memang lebih la, kau pukul bapa aku sampai (cedera) macam ni, sampai lunyai orang tua ni, lepas tu korang tinggal dia je eh.

"Kau bawa basikal macam setan, lu wrong way, pastu jerit maki suruh bapa aku ke tepi, bapa aku tegur cara bawa (basikal) tapi lu orang tak menyabar terus kasi bapa aku lunyai eh," tulisnya yang mendapat lebih 4,000 perkongsian di Facebook.

Menerusi status itu, Aizal mengakui memang berlaku pertengkaran antara bapanya dan geng basikal berkenaan, namun bukan hak mereka untuk mengasari warga emas tersebut.

"Memang ada berlaku pertengkaran tetapi lu nak nak bertengkar sampai keluar anak tekak aku tak kisah.

"Tapi tu bukan lesen untuk kau nak tolak rembat bapa aku. Dia orang tua, dah terbaring merangkak bapa aku tepi jalan lu tinggal macam tu saja," tambahnya.

komen basikal

ANTARA komen netizen yang ditinggalkan di status Aizal selepas dia berkongsi keadaan bapanya di Facebook.

Aizal turut mendakwa, bapanya diperlakukan seperti binatang apabila ditinggalkan di tepi jalan tanpa belas kasihan.

"Makin bertambah jijik pula aku dengan geng basikal ni. Aku dapat korang yang buat macam ni, makan tak habis bro," katanya.

Aizal turut meminta warganet menyalurkan maklumat berhubung kejadian itu yang dipercayai berlaku di kawasan Kampung Melayu Subang, Selangor.

Rata-rata netizen meninggalkan komen simpati terhadap nasib bapa Aizal dan berharap pelakunya dapat dibawa ke muka pengadilan.

"Semoga pakcik diberikan kesembuhan dan pembuli jalanan itu dihadapkan ke muka pengadilan," tulis Matt Moss.

Lela Omar pula berkata, "Kenapa sampai naik tangan kat orang tua tu? Boleh bawa bincang elok-elok kan. Memang panas hatilah tengok macam ni. Naik tangan belasah orang tua," — Majoriti