'Berlumba atas jalan, insiden teruk, orang lain jadi mangsa'


  • Tular
  • Ahad, 10 Okt 2021

TANGKAP layar detik kemalangan di Ulu Yam, Selangor pada Ahad. — Twitter

SEBUAH video memaparkan beberapa kereta berlumba di laluan sekitar Ulu Yam, Selangor sehingga menyebabkan kemalangan tular di media sosial pada Ahad.

Kejadian berkenaan dipercayai berlaku kira-kira pukul 7.42 pagi pada Ahad.

Video tersebut setakat artikel ini ditulis sudah ditonton sebanyak 50,500 kali dan 1,786 tanda suka.

Menerusi perkongsian pengguna Twitter @Iamkanahraf, video berdurasi 45 saat itu menunjukkan empat buah kereta memotong garisan putih berkembar sebelum terbabit dalam kemalangan.

"Memang mengelak laluan Ulu Yam untuk tempoh masa tertentu dan inilah sebabnya.

"Berlumba atas jalan, insiden teruk, orang lain jadi mangsa. Memang bagus. Pemandu yang berlumba di laluan orang awam memang patut m****s saja," ujarnya.

Perkongsian itu turut mendapat reaksi para warganet lain di Twitter.



"Ini nama dia jalan raya. Bukan lebuh raya. Kalau lalu jalan macam ni, bawa 60 kilometer sejam cukup dah. Risau penunggang basikal, motor, orang setempat keluar masuk. Jalan halus bang. Nak bawa laju pergi lebuh raya," menurut @farisfauziey.

"B***h dan menyusahkan orang. Sini orang ulang alik pergi dan balik kerja. Ramai duduk Batang Kali kerja di Kuala Lumpur janganlah pentingkan diri sangat nak berlumba bagai dekat Ulu Yam ini. Dulu-dulu bolehlah tak ada pembangunan sangat, sekarang ini dah jadi jalan utama plus ramai orang rekreasi di sini," kata @hawaniamustaffa.

"Aku ada dekat sini pagi ini. Sampai dalam pukul 8.30 pagi. Waktu itu tak tahu macam mana boleh kemalangan. Sekarang baru aku tahu. Masa aku nak ke sini pun, melambak kereta-kereta/motor-motor yang berdesup macam ini," ujar @AimanMoeis.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat mengesahkan tiga individu cedera dalam kemalangan berkenaan. Majoriti

Twitter, kemalangan, pemandu, cuai, Ulu Yam